Isnin, 28 November 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cupcake

Salam manis buat sahabat yang setia melawat dapur Rahel..semoga sentiasa sihat dan ceria selalu.Malam ni  saja lepak kat blog  sambil letak entri yg smlm.Kali ni Rahel buat pulak kek coklat tanpa  telur guna  resepi Dayang Jack..emm  cantek dan sangat sedap kejadiannya,memang mantap banget keknya.Kepada yg  belum s empat mencuba kek ni wajip mencuba..rugi kalau tak mencuba tau.


Banyak-banyak terima kaseh kepada Kak DJ untuk resepi kek coklat yang sangat sedap ni,Rahel makan pun macam tak nak berhenti selagi kek belum habis,oklah kawan-kawan,jika  berminat dengan kek coklat tanpa  telur ni,blh aja dilihat resepi kat bawah tu,tengok dan baca betul2 ek..jangan sampai tersilap..

Super Moist Eggles Chocolate Cupcake
Resepi:DJ

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sudu ecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (Rahel guna brand Tudor)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dr pt ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak atau myk jagung atau mentega cair
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara:
1.Panaskan oven pd suhu 160'C.Sediakan loyang kek.Griskan dengan
   mentega.(Rahel bakar versi cupcake).
2.Ayakkan tepung bersama bkg powder,soda bikarbonat & serbuk koko
   di dalam bekas besar.Masukkan tpg susu,garam dan gula perang.Kemudian
   kacau rata-rata.
3.Masukkan air sejuk,minyak masak,esen vanila dan coffe emulco/chocolate
   emulco.Kacau perlahan-lahan dg whisk.Pastikan adunan tidak berketul.
4.Akhir sekali,masukkan cuka atau jus lemon.Terus dikacau serta merta se
   hingga sebati.
5.Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
6.Sejukkan kek setelah masak.Boleh jugak dihiaskan dengan topping kegemaran.

20 ulasan:

  1. KALAU GUNA PENGUKUS BOLEH KE?

    BalasPadam
  2. Yg nie mmg x paya guna mxer,just guna whisk jak ka

    BalasPadam
  3. rahel,
    kalau tkr gula perang dgn gula biasa boleh x?

    BalasPadam
  4. Naza,bole je tukar dengan gula kastor.

    BalasPadam
  5. Mau tanya, kalau guna icing sugar,ada kesan ka..

    BalasPadam
  6. ada kesan..jadi sebaik-baiknya guna gula kastor/gula halus..

    BalasPadam
  7. akak,kalo xltk susu tepung boleh x??ada kesan x??pastu boleh digantikn ngan apa yek??sbb suami sy xsuka susu tepung..

    BalasPadam
  8. Kalau tak suka susu tepung,gantikan dg tpg gandum je...

    BalasPadam
  9. Hai Rahel, sedang mencuba resepi kek ini..harap menjadi.. (^_^)

    BalasPadam
  10. Saya dah buat cake ini dua hari lepas..memang teramat sedap. Terima kasih ye.

    BalasPadam
  11. Resepi tuk brape biji cupcake ye

    BalasPadam
  12. wa, hebat betul kek ni. dah cuba, sedap

    BalasPadam
  13. klo xnk masukkan cuka or juz lemon xpe ke

    BalasPadam
  14. Rahel..kek ni kukus boleh x

    BalasPadam
  15. Adunam pum dh bau sedap..xsbr nk tggu masak ni..guna serbuk coklat van houtten

    BalasPadam
  16. semua kek ni nampak sedap...tuan punye mesti baik hati dan iklas orangnye..

    BalasPadam