Rabu, 17 Ogos 2011

Apam Tapai Ubi

Selamat bertemu kembali di blog Rahel ni.Semoga teman-teman semua sentiasa sihat dan ceria selalu.Hmmm....hari ni dapat lagi saya merasa apam yang enak banget,lama sudah kepingin mo buat tapi asyik tertunda jak bab tunggu musim tapai ubi...hehehe..sebenarnya boleh jugak buat sendiri di rumah,tapi penyakit malas melanda diri 'tuk mo bikin tapai ubi,jadi yah...beli aja tapai ubinya..Becakap pasal apam tapai ubi ni memang sedap sangat2..ada rasa yang tersendiri..Nda' mo cerita banyak lagi...jom salin resepi..


Apam Tapai Ubi
Sumber:Internet


Bahan:
200g tapai ubi,toskan dan haluskan
150g tepung gandum+2 st BP+1/8 st SB,ayakkan
2 biji telur B
90g gula kastor
75ml minyak jagung/minyak masak

Cara:
1.Pukul telur dan gula sehingga kembang selama 8 minit.
2.Masukkan tapai ubi halus.Putar rata.
3.Perlahan-lahan masukkan tepung dan minyak secara berselang-seli sambil
   digaul rata.
4.Sudukan ke dalam acuan apam/muffin yang dialas dg papercup hingga
   penuh (90%).
5.Kukus selama 17 minit dengan api yang kuat.



2 ulasan:

  1. yahoooooo apam tapai lah sedap. tq Rahel akhirnya saya dah jumpa. Senyum Sokmo

    BalasPadam
  2. sama2 SS...Sedap apam tapai ubi ni...jangan malu2 utk mencuba..

    BalasPadam