Selamat malam semua...singgah sekejap kat dapur untuk menikmati sepotong kek.Kali ni Rahel cuba pulak buat cotton cake resepi Wendy Kor..rasa dia memang tersangat la sedap..lembut dan wangi je..dan sudah tentu ada di antara kawan-kawan yang dah pun mencuba resepi ni..dan pastinya suka banget..so jom tengok resepi..
Cotton Cheese Cake
Resepi:Wendy Kor/Bicara Kek
Bahan A:
60ml susu U.H.T.
160g krim keju
30g mentega
Bahan B:
4 biji kuning telur
10ml jus lemon
Bahan C:
30g tepung paling halus
30g tepung jagung
Bahan D:
4 biji telur
100g gula kastor
2g garam
Cara:
1.Masak bahan (A) cara kukus.Kacau hingga lembut dan sebati.Ketepikan
dahulu.
2.Tambahkan bahan (B) dan gaul hingga sekata.Kemudian masukkan bahan (C)
dan bancuh hingga sebati.
3.Pukul bahan (D) pada kelajuan sederhana sehingga naik dan kembang.Masukkan
perlahan-lahan ke dalam bancuhan No.2 dan kacau hingga sekata.
4.Tuangkan bancuhan ke dalam acuan bersaiz 9".Bakar kukus dalam ketuhar yang
sudah dipanaskan pada suhu 150'C selama 60-70 minit.
5.Apabila kek sudah siap masak,terbalikkan kek selama 5 minit sebellum dikeluar-
kan dari acuan.Cara ini adalah untuk mengelakkan kek daripada tenggelam di
bahagian tengah.
Pesan:
*Rahel guna loyang berbentuk oval untuk membakar kek dan setelah kek masak
Rahel terbalikkan ke dulang untuk mengelakkan corak bergaris-garis kat per-
mukaan kek.
Enjoiiii...
salam rahel.....wow! gebunya kek nie....suka tgk kek yg lembut2 dan gebu2 .....nk tanya sikitlah,tepung yg paling halus tu tepung apa yerk?...
BalasPadamnak cuba buat tp x pandai..hehehe...
tepung super fine
Padamsalam rahel...cantik dan gebussnya kek ni....jeles gue tgk....hihihihi
BalasPadamwsalam Myda..
BalasPadamtepung paling halus/superfine flour..pun boleh ganti dengan tepung kek atau top flour,tepung istimewa..terima kasih.
Wsalam Liza...
BalasPadamjangan jeles2...awak pun boleh buat tau..
As'salam Rahel
BalasPadamWoww..gebunya kek ni Rahel. k.ct suka kek2 macam ni lembut masuk kedalam mulut. selalunya cotton cheese cake ni memang susah sikit nak dapat kelembutan kalau buat tersalah stepkan Rahel..adoiii..terus tergoda :)
Rahel,
BalasPadamdah terasa kelembutan cotton cheese cake tu... adeeeh! rugi tak singgah rumah Rahel masa ulang alik mesyuarat di Tawau hari tu! mesti banyak koleksi kek Rahelkan!
menggoda kemontokannya itu...hehe
BalasPadamWsalam Kak Ct...
BalasPadambetul cakap akak tu..tersilap sikit memang hancuss jadinya kek ni..memang cerewet dan kena hati2 time buat adunan dia..
Tu la Kak Amie...
dapat juga merasa kek seandainya singgah kat umah..klu dah abis..leh buatkan yg baru lagi..
Tima kasih Lidasarrah...
Salam....kukus bahan A 2 mksudnye cmne ek,krg phm bru nk blaja wat....
BalasPadamwsalam Amyza..
Padamkukus bahan A tu maksudnya masak cara double boil.
as salam...bahan D tu,telur tu maksudnya semua bahagian telur ke atau putih telur je ? bakar kukus tu maksudnya ' waterbath' ke ? tq..
BalasPadamwsalam...bahan D tu maksudnya putih telur je.
Padamsalam sis...
BalasPadamloyang tu perlu digris dulu x? ke kena lapik dgn baking paper?
Hi rahel,
BalasPadamI m sure ur cheese cake taste as gd as it looks.
I wud love to try ur recipe.
Wud appreciate if u cud verify in bahan D .. is it 4 whole eggs or 4 egg whites.
Tks.
Assalam Rahel..
BalasPadamkek nampak sgt gebus & mulus..
nak tanya lah klu kek gini selamat tak klu bungkus dgn fondant?