Sabtu, 13 Ogos 2011

Kek Mousse Kopi

Salam manis kepada semua,semoga sihat dan ceria selalu.


Kek Mousse Kopi
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
1 kek span vanila 8"x8" di bahagi ke 2 lapisan

Bahan Mousse Kopi:
250g krim putar (non-dairy whipping cream)
70g susu segar
50g gula kastor
50g air
10g gelatin
3 biji kuning telur
1 st nescafe
1 st emulco kopi

Cara:
1.Gelatin dan air dicairkan secara double-boiler.Ketepikan.

2.Susu segar,telur kuning,gula kastor,serbuk nescafe,emulco kopi disatukan dlm periuk.Kacau atas api yang sederhana hingga cair.Masukkan gelatin tadi & kacau sebati hingga hampir mendidih.Angkat dan sejukkan.

3.Krim putar dipukul hingga kembang dan gebu.Gaulkan ke dalam adunan kopi tadi hingga sebati.Siap untuk dituang ke atas kek span tadi.

4.Letakkan 1 keping kek dalam dulang dan beri mousse kopi.Buat sepertiini sebanyak 2x.

5.Sejukkan kek mousse kopi selama 5 jam dlm peti sejuk baru hidang.

resepi kek span vanila di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan