Khamis, 8 September 2011

Kek Pisang

Salam sejahtera kepada sahabat yang setia melawat blog Rahel.Hari ni Rahel mo share lagi satu resepi kek pisang yang sedap.Sebenarnya lama sudah mo di try tapi asyik layan kek yang lain pulak,skarang ni macam  macam sudah jenama kek yang muncul, siap dg resepi lg  skali,kalau ikutkan hati semua mo ditry kan...? tapi pada hari ni perhatian ditujukan pada kek  pisang yang satu ini.Sebenarnya baru kali ni Rahel  buat kek  pisang ni walaupun  resepinya sudah  lama bertapak  di rumah.Ok lah kawan2,sumber resepi ni Rahel tengok dalam  majalah rasa,silahkan mencuba ye..


Kek Pisang
Sumber:Majalah Rasa


Bahan:
250g mentega
250g tepung gandum
4 biji telur
3 biji pisang ranum,Rahel guna pisang raja
2 st baking powder
1 st esen vanila
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan susu cair

Cara:
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan telur satu persatu
   dan pukul rata.Ketepikan seketika.
2.Kisar pisang bersama esen vanila hingga hancur.Kemudian masukkan ke
   dalam adunan tadi & pukul lagi hingga sekata.
3.Masukkan tepung,bkg powder dan air susu.Kaup balikkan adunan hingga
   sebati.
4.Tuang adunan ke dalam acuan pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar
   bakar selama 1 jam pada suhu 170'C.

pesan:
Panaskan ketuhar terlebih dulu selama 15 minit pd suhu 170'c sebelum mem
bakar kek.

Selamat mencuba..daaa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan