Khamis, 29 Disember 2011

Kek Brownie Kacang

Selamat  bertemu  kembali di sini...semoga semua  sentiasa sihat  dan  ceria selalu.Kali ni datang seru lagi menerai resepi brownie Chef Noraini Zakaria yng terlalu famous tu...banyak  sangat  resepi beliau yang  sedap-sedap belaka dan dah banyak juga resepinya yang Rahel buat dan sentiasa menjadi jer..dan resepi kali ni Rahel  ambik dari buku resepi Kompilasi Hidangan Kek..


Kek Brownie  Kacang ni memang sangat  sedap,tapi nak kena kurangkan sukatan gula dalam adunan sebab  pada  Rahel ianya  terlebih  manis sikit, tapi  memang lembut dan lembap je brownie yang satu ni...sesuai sangat  pada tekak Rahel  yang  gemar makan benda2 yang berasaskan coklat.Oklah,kita tinjau pulak resepinya kat bawah tu..

Kek Brownie Kacang
Resepi:Chef Noraini Zakaria/Kompilasi Hidangan Kek

Bahan:
190g mentega/marjerin
190g coklat masakan
200g gula kastor
130g kacang walnut/gajus atau badam yang telah dibakar
125g tepung gandum}
1/2 sudu teh baking powder},diayak
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila

Cara:
1.Griskan acuan empat segi 8 inci.Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan
   ketuhar pada suhu 180'C.
2.Mentega & coklat masakan disatukan dalam periuk.Cairkan secara double-boiler.
   Sejukkan.
3.Pukul telur,gula kastor dan esen vanila hingga kembang dan gebu.
4.Tuangkan larutan coklat tadi ke dalam adunan telur sambil digaul rata.
5.Masukkan kacang walnut dan akhir sekali bahan yang diayak tadi.Gaul perlahan
   dengan senduk kayu hingga sebati.
6.Tuangkan adunan ke dalam acuan.Bakar selama 1 jam.


2 ulasan:

  1. perggghhhh...coklat ngan kacang mmg satu pasangan sehati sejiwa....hihihhihi

    BalasPadam
  2. betul tu Liza..serasi bersama...hehe..

    BalasPadam