Khamis, 29 September 2011

Vanila Swiss Roll

Selamat datang ke dapur Rahel.Di sinilah Rahel akan share lagi satu resepi kek gulung yang mudah dan bahannya pun tak banyak dan soal rasa..jangan ditanya..memang enak banget..kek dia sangat lembuut gitu..dan pastinya kawan2 pun suka..



Oklah kawan2,Rahel letak dulu resepinya dan cara2nya ye...

Vanila Swiss Roll

Bahan:
4 biji telur
75g gula kastor
1 st ovalet
60g tepung superfine/tepung kek}
1/2 st baking powder},ayakkan
10g susu tepung
1/2 st esen vanila
75g mentega,dicairkan

Cara:
1.Pukul telur,gula dan ovalet sehingga kembang.
2.Tambahkan tepung superfine dan susu tepung sambil diayak
   & digaul rata.Masukkan esen vanila.Gaul rata.
3.Masukkan mentega cair sedikit2 sambil digaul perlahan hingga rata.
4.Tuang ke dalam loyang 26x26x3cm yang telah digris dan dilapik dg
   kertas pembakar.
5.Bakar selama 25 minit atau sehingga masak pada suhu 170'C.
6.Biarkan sejuk baru beri krim dan gulung kemas.

Bahan Inti:
125g krim keju
40g gula kastor

Cara:
1.Pukul krim keju dan gula kastor sehingga berkrim dan lembut.
2.Sapukan pada permukaan kek,kemudian gulung dengan kemas.

*Panaskan ketuhar 15 minit pd suhu 170'C sebelum bakar kek.

Selamat mencuba.

6 ulasan:

  1. tak pernah buat kek2 gulung mcm ni ..tapi yg ni guna loyang empat segi yang lebar tu ya .. takut x menjadi nak gulung2 .tu sebab kulit kat atas tu cam nampak lembut sangat :)

    BalasPadam
  2. rahel...saya sudah cuba kek ni...x berapa jadik la maybe ada silap saya. cuma untuk kek tu gulanya bila dimasukkan bah????

    BalasPadam
  3. Wani,kek gulung ni memang agak susah gak, time buat pun memang Rahel hati2 betul..

    BalasPadam
  4. Cheq Sue,mekasih krn ingatkan bab gula tu...Rahel dah letak kat cara no.1..dan utk kek tu mgkn kerana suhu oven sbb oven ni tak sama,lain2 oven lain2 kejadiannya.Mekasih krn udah mencuba.

    BalasPadam
  5. Satu lagi terlupa letak baking powder dalam resepi tu..minta maaf byk2 kpd yg sudah menerai dan tak menjadik kerana kesilapan tuan tanah.

    BalasPadam
  6. Belum pernah lagi membuat swiss roll.

    BalasPadam