Selamat petang semua..sesuai dengan janji pagi tadi..dah siap update resepi mufin durian kukus..so pada yang rajin mencuba tu..boleh la try petang ni kan..boleh jadi pelengkap hidangan petang..
Okes..resepinya Rahel letak aje kat sini...sila tengok-tengok ek..
Mufin Durian Kukus
Resepi:Rahel
Bahan:
250g tepung gandum*
200g gula kastor
2 biji telur saiz L,dipukul ringan guna garpu
1 sudu teh serbuk penaik*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1/2 sudu teh garam halus
300g isi durian,dilenyek halus*
240ml minyak masak
sedikit pewarna hijau
Cara:
1.Ayak bahan bertanda* ke dalam mangkuk.
2.Kemudian masukkan bahan yang lain,kecuali pewarna hijau.Kaup balikkan
hingga rata.Kemudian ambil 3 sudu besar adunan dan beri pewarna hijau.
3.Sudukan adunan warna asal ke dalam acuan hingga 3/4 penuh.
4.Beri masing-masing sedikit adunan hijau dipermukaan.
5.Kukus dengan api kuat selama 15 minit.
Selamat menjamu selera....daaaa..
As'salam Rahel
BalasPadammasuk sini pulak lihat2 resipi muffin yang gebus dan lembut ni..wahhh merekah betul. nak jugaaaa!..
Rahelll...bau durian sampai kesini...Wow muffin kukus yang kembang mekar...akak likeeeee...sukaaaa...kaler2 ijau ni...amik resepi dah thanks...:)
BalasPadamwsalam Kak CT...ambik je resepinya ek..mufin dah abis..hihi..
BalasPadamIye k Kak Cek..patutla awal sampai..hihi..silahkan dicuba ya kak..sedap ni..
rahel, kalau bakar jadi?
BalasPadam