Isnin, 4 Mac 2013

Butter Crumble Cake

Salam manis..
CRUMBLE:
150g tepung gandum
40g gula kastor
75g butter
100g almond,dibakar sebentar dalam oven kemudian cincang

Cara membuat crumble:
1.Satukan bahan dan gaul hingga menjadi crumble.

Catatan by Rahel:
*butter mestilah dalam keadaan yang dingin jangan terlalu lembut untuk menghasilkan crumble.

Kek Butter
Diolah oleh:Rahel

Bahan-bahan:(loyang empat segi 12")
500g mentega
440g tepung kek               }---di ayak
2 sudu teh baking powder}
390g gula kastor
100g susu segar
8 biji telur gred A
2 sudu teh esen vanila

Cara membuat kek:
1.Satukan mentega dan gula kastor.Pukul hingga adunan kembang dan putih.
2.Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3.Kemudian masukkan tepung kek + bkg powder sedikit-sedikit sambil dikacau berselang-seli
   dengan susu segar.
4.Seteruskan masukkan esen vanilla.Kaup balik hingga bercampur rata.
5.Tuang adunan kek ke dalam loyang yg sudah dialas aluminium foil/kertas minyak.
6.Tabur crumble diatas adunan kek tadi.
7.Bakar kek dalam oven pada suhu 170'C selama 60 minit.

Catatan by Rahel:
*Untuk membuat butter crumble cake mestilah kita sediakan crumble terlebih dulu baru buat
  adunan kek.
Tenkiu pada yang sudi order.
Selamat menikmati.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak..emmm sedapnya..agak2 klu buat dalam versi cc pun menarik juga ni....

    BalasPadam
  2. Akhirnya sampai jugak ke Tawau setelah mengharungi laut dari Lahad Datu, limpas Kunak & Semporna... mau cepat2 pulang ni bawa butter crumble cake....

    BalasPadam