Ahad, 11 Januari 2015

Rainbow Cake @ Frozen Cake

Salam ceria selalu...


Rainbow Cake @ Frozen Cake
Diolah oleh:Rahel

Kek Span Vanila
Resepi dari:Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:(loyang bulat 8'')
240g gula kastor
20g ovalet
8 biji telur gred A

260g tepung kek}
2 sudu teh serbuk penaik }--(A) diayak

80g air
120g minyak masak/mentega cair
2 sudu teh esen vanila

Pewarna Makanan untuk setiap lapisan kek:
Lapisan pertama---Brigh Red
Lapisan kedua-----Orange
Lapisan ketiga-----Lemon Yellow
Lapisan keempat----Green Apple
Lapisan kelima-----Blue
Lapisan keenam/paling bawah-----Violet

Cara-cara:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8''.Lapik dengan kertas serap minyak.
   Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2.Satukan gula kastor,ovalet,telur dan bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan
   kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang
   selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi
   selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega cair.Dikacau sebati.
5.Bahagi adunan kepada 6 bahagian,jika perlu timbang.Masing2 diberi pewarna.
6.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
7.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.
   Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.
   Biarkan ia sejuk.
8.Buangkan kerak2 kek.Lepa setiap lapisan kek dengan cream cheese frosting atau cream
   kesukaan anda.
9.Hias kek sesuai dengan kegemaran anda.

Cream Keju
Sumber:Azlita

600g cream cheese
120g unsalted butter
240g gula icing-ayak
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh paste lemon,jika suka

Cara:
Pukul cream cheese dan gula icing hingga kembang.
Masukkan mentega,esen vanila dan lemon paste.Pukul sebati.
Lepa setiap lapisan kek dengan cream keju (boleh letak pewarna kegemaran masing2)
Hiaslah kek anda sesuai kreativiti anda.




Selamat mencuba.

3 ulasan:

  1. cantiknya kek frozen tu..pasti budak2 suka.. :D

    BalasPadam
  2. salam singgah..cantiknyaaa... makin berseni tangan .. :))

    BalasPadam
  3. he hehhe... gue 2X nonton cerita kartun frozen nih

    BalasPadam