Ahad, 18 September 2011

Chocolate Cake

Mat malam semuaa.


Sebenarnya susah mo mengelak kalau kek yang satu ni kena hidang atas meja,sebab rasanya tu memang sedap banget..bah jom la tengok-tengok resepinya,saya letak aja di sini ye...

Bahan:
180g gula kastor
150g mentega
120g tepung gandum ayak dg 1 st serbuk penaik
80g coklat masakan
2 sdb susu segar/susu cair
2 biji telur
sedikit coklat cip utk taburan
1 st esen vanila

Cara:
1.Panaskan ketuhar 170'C.
2.Cairkan coklat masakan dan mentega.Angkat.
3.Masukkan semua bahan dan kacau perlahan sehingga sebati.
4.Tuang adunan ke dlm loyang,tabur coklat cip di atas permukaan
   aduann.Bakar dlm ketuhar selama 25-30 minit pada suhu 170'C.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan