Rabu, 21 September 2011

Kek Cawan Betik

Salam sejahtera kepada semua.Memang  unik la kan..betik udah boleh  dijadikan kek cawan & yg paling bagusnya lagi..kek betik ni ternyata lembut dan sangat lembap..memang sesuai la dihidang untuk kawan-kawan atau keluarga..tapi yang  ni pun dapat try seketul jak sebab yang Rahel buat untuk buah tangan..yg sekadar nak posing2 jak di sini...sebelum keknya dimasukkan dlm bekas.


O ya kawan-kawan bercakap pasal kek cawn betik ni resepinya Rahel tengok di sini bab kebetulan ada sikit betik dalam simpanan..tu la google sana sini cari resepinya,tapi untuk lebih senangnya Rahel letaklah resepinya di sini ye...layann dulu...

Kek Cawan Betik

Bahan:
6 biji telur
175g gula pasir
200g tepung gandum
15g susu tepung
20g tepung jagung
150g betik yg sudah masak,dihaluskan
50g marjerin,cairkan

Cara:
1.Pukul telur dan gula sehingga kaku.
2.Masukkan tepung gandum,tpg jagung,susu tepung.
3.Masukkan mentega cair dan betik halus.Gaul rata.
4.Tuang adunan ke dalam acuan.
5.Bakar selama 15 minit.

Notis:
*Dalam adunan saya tambahkan 1 st serbuk penaik.
*Saya menggunakan betik setengah masak/mengkal & parut.
*Saya isikan 70% ke dalam cawan semasa hendak membakar.
*Saya bakar selama 25 minit pada suhu 170'C.




Enjoii...

1 ulasan:

  1. Lihat blog ini juga sobat, penuh dengan resep-resep kue cantik loh http://www.posresep.com

    BalasPadam