Ahad, 13 November 2011

Steamed Mixed Fruit Cupcake

Selamat tengah hari kepada semua...semoga sihat dan ceria selalu.Kali ni Rahel nak share pulak satu resepi cupcake yang mudah disediakan.Bentuk dah macam apam terdot-dot dan dalam adunan ada letak buah2an kering campuran..emm memang ngam betul rasanya..






Oklah kawan-kawan..nak crite sikit bab cupcake buah ni..memang gebu & lembut jer walaupun dibiarkan semalaman dan tahan je kelembutannya walaupun dah 2-3 hari disimpan dalam bekas kedap udara..so siapa yang nak cuba tu dipersilahkan..jangan ragu2 ek...rugi kalau tak cuba..kalau dah cuba memang berbaloi..kenyang perut..ehehe..layan dulu resepinya..

Steamed Mixed Fruit Cupcake
Resepi:Rahel

Bahan:
100g mixed fruit,cuci bersih,kemudian keringkan.
3 biji telur B
1/2 sudu besar ovallet
30ml susu rendah lemak/susu cair
90g gula kastor
120g tepung naik sendiri
30ml minyak masak
1 sudu teh esen vanila

Cara:
1.Putar telur,gula,ovalet sehingga pekat.
2.Ayakkan tepung ke dalam adunan telur,kaup balikkan.
3.Masukkan pula susu dan esen vanila,kaup balikkan hingga rata.
4.Masukkan lagi minyak masak,kaup balikkan hingga rata.
5.Alihkan sedikit adunan untuk dot2,masukkan dalam piping bag.
6.Adunan yang banyak tadi diberi sedikit pewarna hijau,gaul rata.
7.Masukkan mixed fruit ke dalam adunan warna hijau,kaup balikkan.
8.Sudukan ke dalam acuan hingga 3/4 penuh.Dot2kan permukaannya
   dengan adunan yang putih tadi.
9.Kukus 15 minit dengan api sederhana besar.


Selamat menjamu selera...

8 ulasan:

  1. nampak gebu dan sedap. polka dot ke?

    BalasPadam
  2. As'salam Rahel

    selamat malam, singgah dah malam mesti dah bersih cupcake ni kan. Tak apalah cuci mata jer, kalau nak makan lain kali suruh aje rahel buat lagi..boleh enggak..hehehehe

    BalasPadam
  3. Acik..
    mekasih sudi singgah...emm kek buah la..tapi terlebih rajin..tu la didot2kan..

    BalasPadam
  4. Liza
    mekasih kerana rajin jengah dapur Rahel..harap dtg lagi ek..hehe.

    BalasPadam
  5. Wsalam Kak Ct..
    selamat malam gak...memang betullah tu..kek udah licin...

    Nggak jadi masalah..boleh2 aja...

    BalasPadam
  6. ucu pantang betul lah kalau tengok yg gebuz2 dari rahel ni...geram sangat ..mcm nak terus buat je..ini yg nak cuba ni...

    BalasPadam
  7. Ucu Faridah..
    kalau macam tu..buatlah cupcake hari ek..buat lebih sikit..pastu ajak kita org skali..

    BalasPadam