Sabtu, 13 Ogos 2011

Best Brownies

Salam manis kepada semua dan selamat bersiaran kembali..semoga korang semua sentiasa sihat dan ceria selalu bersama insan yang tercinta.Kali ni Rahel cuba pulak buat brownies..memang best la..sesuai dengan namanya,tapi tak ingat dah ambik kat mana resepinya...huhuhu...nak kena cari ni..



BEST BROWNIES
Sumber:Internet
 
 
Bahan:
1/2 cawan unsalted butter
1 cawan gula pasir
3 biji telur M
1/3 cawan serbuk koko van houten*
1/2 cawan tepung superfine*
1/4 st bkg powder*
1 st esen vanila

Bahan untuk frosting:
2 sdb unsalted butter
2 sdb serbuk koko van houten
1/2 sdb madu

Cara untuk brownies:
1.Panaskan oven 170'C.Griskan acuan dan alas dg baking paper.

2.Satukan bahan bertanda*

3.Cairkan mentega secara double boiler,bila dah cair angkat dr panas,

4.Masukkan gula,telur,esen vanila ketika masi panas,kacau hingga lembut guna hand whisk.

5.Kemudian ayakkan bahan bertanda* ke dlm adunan mentega cair,kacau sehingga rata.Tuangkan ke dlm acuan & bakar selama 40 minit,jangan terlebih bakar.Bila sudah masak,keluarkan dari oven.

6.Keluarkan brownies dr acuan ketika masih suam untuk diberi frosting.

Cara untuk frosting:
1.Satukan semua bhn frosting & kacau guna hand whisk hingga lembut & segera tuangkan ke atas brownies yg masi suam.Ratakan.Biarkan brownies sejuk baru potong dan hidang.

1 ulasan:

  1. Salam rahel, sukatan cawan tu mcm mana ya, boleh digantikankan dgn gram,
    thanks

    BalasPadam