Jumaat, 26 Ogos 2011

Coffee Cupcake

Selamat bertemu kembali...semoga sahabat-sahabat Rahel sentiasa sihat dan ceria selalu..Hari ni Rahel buat macam biasa...masuk blog untuk hantar laporan...ok lah kawan-kawan Rahel teruskan aja letak resepi n gambar coffee cupcake dulu ye...jom...

Bahan:
200g marjerin
230g tepung gandum*
2 st serbuk penaik*
180g gula kastor
30ml bancuhan nescafe (1 st nescafe dibancuh dg 30ml air panas)
1 st coffee emulco
4 biji telur gred A

Cara:
1.Panaskan ketuhar 160'C.Siapkan loyang muffin dan lapik dg papercup.
Ayakkan bahan bertanda*.

2.Pukul marjerin dan gula sehingga kembang dan berkrim.

3.Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul rata.

4.Kemudian masukkan tepung sedikit2 sambil diikuti dengan bancuhan nescafe.Gaul rata.

5.Akhir sekali masukkan coffee emulco dan gaul sebati.

6.Bakar cupcake selama 25 minit pada suhu 160'C.

Enjoiii...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan