Jumaat, 12 Ogos 2011

Kek Span Vanila



Kek Span Vanila
Sumber:Buku Resepi


Bahan kek span vanila:
120g gula kastor*
10g ovalet*
4 biji telur gred A
130g tepung kek/tpg superfine*
1 st serbuk penaik*
40ml air
60g minyak masak/mentega cair
1 st esen vanila

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 170'C.Siapkan acuan bulat 9",griskan dg mentega dan alas dengan bkg paper.

2.Satukan bahan bertanda* dlm mangkuk sederhana besar.Menggunakan pemukul elektrik,putar sehingga kembang dan gebu.Masukkan esen vanila & air.Putar lg sehingga sebati.Masukkan minyak.Gaulkan hingga sebati.

3.Tuang adunan ke dlm acuan.Bakar selama 45 minit.Bila sudah masak telangkupkan selama 5 minit agar kek tdk mendap.Terbalikkan semula & keluarkan dr acuan.Biarkan ia sejuk,kemudian bahagi tiga untuk diberi krim.

Bahan Krim dan hiasan:
500g non-dayri whipping cream
1 st esen vanila
sedikit blueberry
80g coklat masakan

Cara:
1.Pukul krim & esen vanila sehingga gebu dan kaku

2.Letakkan 1 lapisan kek & sapu dg krim dan beri hirisan blueberry,buat cara seperti ini sebanyak 2x & terakhir di atas diberi hirisan coklat.

3.Simpan kek di dlm peti sejuk selama 3 jam baru potong dan hidang.(saya menyimpan kek semalaman dlm peti sejuk baru potong/hidang..rasanya lebih enak)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan