Jumaat, 9 September 2011

Kek Alunan Kasih

Selamat bertemu kembali di sini..semoga kawan-kawan semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu.Hari ni Rahel mo cakap2 pasal kek alunan kasih,mgk Rahel jak ketinggalan kereta kan? sebab Rahel tengok di blog masakan kawan2 semua sudah buat kek alunan kasih tapi Rahel pulak baru kali ni buat.Bercakap pasal kek alunan kasih ni Rahel buat yang kukus punya,saja mo try apa rasanya yang dikukus ni.Pada Rahel memang sedap jugak yang dikukus ni,nanti kalau ada senang Rahel mo try lagi yang main bakar punya.Jom layan Kek Alunan Kasih...jemput minum...


Bahan:
4 biji telur B
220g gula kastor
1 st ovalet
2 st baking powder]
260g tepung gandum],ayak bersama
200ml santan
1 st esen vanila
pewarna,ikut pilihan memasing

100g serbuk koko

Cara:
1.Pukul telur,ovalet,gula kastor hingga kembang selama 10 minit.
2.Masukkan tepung gandum berselang-seli dengan santan.Gaul rata.
3.Masukkan esen vanila,gaul rata.Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan
   warnakan.
4.Tuangkan 1 bahagian adunan ke dlm loyang,kemudian ayakkan serbuk koko
   di atasnya (ayak rata).
   Lakukan proses yang sama hingga selesai.
5.Kukus kek selama 25-30 minit atau sehingga masak dengan api sederhana
   kuat.

Pesan:
1.Panaskan air dalam periuk pengukus sehingga benar2 mendidih baru kukus
   kek.
2.Balut tudung periuk dengan yuala bersih ketika mengukus kek.

2 ulasan:

  1. comelnye... sy suke betol tgk kek warne warni mcm ni. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks Syazana..apa khabar?..lama tak singgah..

      Padam