Ahad, 4 Disember 2011

Steamed Coconut Blossoms

Selamat bertemu kembali,semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu.Kali ni Rahel teringin lagi nak share satu resepi apam yang lembut dan gebu,sedap dihidang untuk  sarapan dan juga  minum petang.Tapi  sebelumnya Rahel nak bagi kamu orang tau yang  apam ni sebetulnya dikukus tapi Rahel malas nak kukus,so Rahel bakar jer dalam oven..senang kerja..tak payah nak  tunggu2 kat dapur..dan hasilnya tetap ok banget..sedap dan sentiasa lembut..gebu jugak..




Oklah kawan-kawan ni aje resepi apam yang sedap ni..Rahel letak resepi sesuai dengan yang ori..takde ubah suai...yang dikukus kepada bakar je yg tak sama..& adunan pun Rahel tak letak kaler..kecuali yang se-dot kat atasnya tu..hehe..


Steamed Coconut Blossoms
Resepi:Rossya Fotopage

Bahan A:
3 biji telur sejuk
220g gula halus
275g softasilk (Rahel guna tepung gandum)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
140g coconut cream (Rahel guna 200ml susu cair)

Bahan B:
50g gula
125g gula melaka
1 sudu kecil corn flour dibancuh dengan 50g air
3 helai daun pandan
225g kelapa parut

Cara:

Semua bahan-bahan A dipukul dengan high speed.Bahagikan kepada beberapa
bahagian lalu diwarna mengikut kegemaran anda.Masukkan sedikit adunan ke
dalam acuan kemudian bubuhkan fillingnya lalu ditutup lagi dengan adunan te-
pung.Kukuslah selama 15 minit.

Bahan-bahan untuk filling hendaklah disatukan lalu dimasak hingga kering.


Selamat mencuba..daaa..

7 ulasan:

  1. waaa.. cantiknya rahel.. gebu n nmpk cantik dgn pink di tgh2.. bila dibakar tentu dah jadi cam kek pulak.. rasa nk makan jer satu persatu..

    BalasPadam
  2. Sedapnye.... Bahan B tu untuk intinye ke... Kak Noor nak cuba buat nanti.

    BalasPadam
  3. Menggebu-gebu perasaan ku ingin mencuba..hehe

    Rahel..bahan A tu kalau blend jer boleh tak..??

    BalasPadam
  4. ooo buatnya lebih kurang cam apam pokodot je.. kan..

    BalasPadam
  5. dZana..memang macam kek span dah rasa apam ni bila dibakar...sedap sangat2..


    iye Kak Noor...
    bahan B tu untuk intinya...memang sedap gak letak inti ni walaupun dibakar..


    Sally Rashid...
    tak boleh blend jer..mesti nak kena putar/pukul hingga gebu n pekat (Rahel pukul adunan dalam 10 minit jer).


    Iye Jassnani,macam apam polkadot jer..senang kan..

    BalasPadam
  6. kalau bakar....berapa minit ye?

    BalasPadam
  7. Kalau bakar lebih kurang 15 minit.

    BalasPadam