Isnin, 7 Mei 2012

Sweet Potato Cake

Salam manis kepada semua..kita teruskan lagi pada resepi fresh cream untuk Kek Keledek ni,memang mudah je nak dapatkan bahan2nya serta cara penyediannya.








Topping Cream
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
300g puri keledek
800g krim segar bukan tenusu (Non-Dairy Fresh Cream)
Beberapa titis pewarna ungu

Cara:
1.Potong kek kepada 3 lapisan (lihat resepi kek di sini )
2.Pukul puri keledek,krim segar dan pewarna ungu sehingga kembang menjadi aising.
   Sapukan aising d antara lapisan kek.Salutkan aising pada seluruh kekdengan rapi.
3.Gunakan bag aising untuk menghias corak aising.Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum
   dihidangkan.

Yang ni pulak cara Rahel buat Topping Cream:
1.Keledek direbus hingga lembut,kemudian toskan,lenyek hingga halus di atas saringan
   utk mendapatkan puri keledek yang benar-benar halus dan licin.
2.Putar krim segar pada kelajuan sedang,bila dah mula kembang tambahkan pewarna &
   puri keledek.Putar lagi hingga benar-benar gebu dan licin.Salutkan pada kek.

*Jika krim segar dicampur dengan puri keledek maknanya rasa pun dah berkurang,jadi
  sebaiknya tambahkan gula aising sedikit ketika memutar krim segar.


Selamat mencuba..

3 ulasan:

  1. Cantik & nampak sedap keknya bos...

    BalasPadam
  2. Sis, nk tanya mcm mana gambar ni diambil utk menjadikan background gelap macam tu. diletak dengan kertas hitam di bawah dan belakang atau ada teknik lain

    BalasPadam
  3. Letak cermin gelap belakang.

    BalasPadam