Rabu, 7 Disember 2011

Steamed Cheesecake

Selamat malam kepada yang sudi jalan-jalan dalam blog Rahel malam ni.dah siap letak resepi steamed cheesecake..tentu ada yg tertunggu-tunggu kan?



 


Oklah kawan-kawan..ni aje resepi steamed cheesecake tu..harap anda suka dan sudi mencuba.silahkan tinjau-tinjau resepinya  kat bawah tu..

Steamed Cheesecake
Sumber Resepi:Ct Zarith,Facebook

Bahan:
5 keping slice cheese (tak kisah la jenama apa)
250g mentega
150g gula kastor
250g tepung naik sendiri
4 biji telur
200ml susu segar
2 sudu makan sunquick

Cara:
1.Cairkan susu dengan slice cheese.Ketepikan.
2.Pukul mentega dan gula sehingga sebati dan kembang.
3.Masukkan tepung dan telur secara berselang seli dan pukul rata.
4.Masukkan sunquick dan kacau rata.
5.Masukkan campuran susu dan cheese tadi,kacau rata.
6.Griskan loyang dengan mentega dan tuangkan adunan dalam loyang,
   kemudian tutup dengan aluminium foil.
7.Kukuskan sampai masak selama 1 jam lebih.

pesan:
*jika nak corak marble,bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan.
  kemudian masukkan adunan berselang seli ke dalam loyang.
*Rahel bakar kek dalam ketuhar selama 40 minit pada suhu 170'C.


7 ulasan:

  1. Simple je bahan2 nya...amik resepinya lagi...wah! pjg dah list resepi ni...sume nya nak buat...adoiai!...:)

    BalasPadam
  2. As'salam Rahel

    Lebih kurang macam slice cheese cake tapi ni banyak sikit tepung ya. dan yang penting mudah dan cepat jer nak sediakannya. boleh simpan resipi nanti kalau senang2 mahu coba juga. Tq rahel cayangg !

    agaknya kalau kukus lagi mois kan Rahel :)

    BalasPadam
  3. ucu dtag dah tengahari...boleh lah dibuat desert..nyum..nyum...

    BalasPadam
  4. salam rahel....mmg nmpk pun dah tau sedap...rajin btol rahel buat kek cantik cmni kan...

    BalasPadam
  5. Yup Kak Cek...simple jer bahan2nya tapi sedap..takpe..ambek jer resepinya..bila ada masa bole buat perlahan-lahan..


    Kak CT Delima,ni banyak tepung sebab tergolong dlm butter cake..klu yg sikit tepung tu tergolong dalam chiffon cake...tapi kedua-duanya memang sedap...kalau dah ada cheese tentu sedap kan..nanti Kak CT try kukus pulak..bab Rahel pun nak try jugak yg versi kukus punya.


    Boleh jer Kak Ucu...jom baking lagi..hehe..


    Wsalam Liza..iyo sedap dan ada lemak2 cheese gitu..thanks.

    BalasPadam
  6. Kek yang Rahel buat semuanya cantik-cantik dan mengancam. Tapi apakan daya, Kak Noor tak berapa pandai buat kek ini. Mesti Rahel pernah attend kelas buat kek kan! Bukan sahaja cantik, tapi nampak tersangat sedap!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waaaa...Kak Noor..terlebih puji dah tu..hehe..Rahel pun baru gak berjinak-jinak tuk buat kek kak..mana la tau suatu hari nanti ada nasib..bole buka kdi bakery...tapi setakat ni belum ada lg ikut kelas buat kek...belajar melalui kwn masak kat blog n fb je..selebihnya Rahel tengok2 gak kat you tube..tima kasih kak sudi singgah n tinggalkan komen manis.

      Padam