Isnin, 16 Julai 2012

Pandan Sponge Cake

Selamat tengah hari dan selamat bersiaran kembali.Semoga kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria dalam rahmatNya.Kali ni kita cuba buat kek span pandan menggunakan tepung campuran span..memang senang kerja.

Pandan Sponge Cake
Sumber:Buku Resepi (Wendy Kor)

Bahan (A):
300g tepung kek span campuran
300g telur (5 biji telur gred A)
60ml air

Bahan (B):
60mlminyak masak

1 sudu teh pandan paste (i yg tambah ni utk jadikan pandan sponge cake)

Cara:
1.Masukkan bahan A ke dalam pembancuh elektrik dan kacau hingga sebati.
2.Pukul bancuhan sehingga kembang berkrim.
3.Campurkan bahan B  perlahan-lahan dan bancuh hingga sekata.Masukkan pandan paste dan
   kacau rata.
4.Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9'' yg sudah digris dg marjerin.Bakar
   dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 30-35 minit.
5.Setelah siap dibakar,terlangkupkan kek ke atas rak kek selama 5 minit dan terbalikkan
   semula kek itu.Ini menghalang kek daripada tenggelam di bahagian tengah..

Berikut ialah cara Rahel menyiapkan kek cawan span pandan:
100g non-dairy whipping cream-diputar hingga gebu
inti kiwi secukupnya (pilihan)

1.Bakar kek pada suhu 170'C selama 25 minit.


2.Setelah masak,suam-suam paipkan kiwi filling ke dasar kek.

3.Kemudian paipkan fresh cream di atasnya.
4.Kemudian bolehlah dihidang.Jika suka kek yang dingin,letak dalam peti sejuk sebelum di
   hidang.

Selamat mencuba...sedap sangat kek ni tau...

8 ulasan:

  1. Tepung yg dipakai sama dgn tepung optima tak? Terima kasih! :)

    BalasPadam
  2. Far...
    lebih kurang mcm tu la..

    BalasPadam
  3. Filling tu letak mcmne ea? Letak separuh adunan kemudian tutp bg penuh ke mcm buat apam polcadot 2...

    BalasPadam
  4. Cik honney...
    Lepas kek dibakar baru letak filling..mcm kat gambar no.2 dari atas tu..

    BalasPadam
  5. yummy mohon copy resipinya thank you

    BalasPadam